Translate

Saturday, October 7, 2017

Berjasa, PCM sertai Gagasan Sejahtera diketuai Pas

KUALA NERUS – Dua parti politik minoriti, Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) secara rasmi me­nyertai Gagasan Sejahtera diterajui Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi.

Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan berkata, Berjasa dan PCM akan bekerjasama sebagai parti komponen dalam Gagasan Sejahtera untuk membentuk blok ketiga politik negara selain Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Beliau berkata, dua pegawai kanan kerajaan iaitu bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Rasuah Malaysia, Datuk Seri Zakaria Jaffar dan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Che Ab. Rahim Che Daud turut me­nyatakan sokongan terhadap gagasan tersebut.

“Kehadiran mereka (Zakaria dan Che Ab. Rahim) sudah cukup besar maknanya kepada perjuangan Pas. Ia menunjukkan Pas tidak bersendirian dan tidak kehilangan sokongan daripada teknokrat.

“Mereka tidak menjadi ahli Pas tetapi bersama dengan parti ini dalam Gagasan Sejahtera,” katanya kepada pemberita selepas Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal di sini kelmarin.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Gagasan Sejahtera bukan sahaja boleh dianggotai parti politik malah badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang menghargai perjuangan parti itu.

No comments:

Post a Comment