Translate

Wednesday, October 11, 2017

199 graduan Politeknik Kuala Terengganu terima diploma

KONVO. Seramai 199 graduan menerima sijil dan diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen ke-16 Politeknik Kuala Terengganu di Hotel Primula, Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini.

Pengarah Politeknik Kuala Terengganu, Radiah Che Su berkata, kesemua graduan terdiri daripada jurusan kejuruteraan elektronik (komunikasi), teknologi maklumat (Pengaturcaraan) serta kejuruteraan elektrik dan elektronik.

Katanya, graduan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), Nur Saliza Awang Besar, 25, muncul sebagai pelajar terbaik atas kecemerlangan beliau dalam akademik dan kokurikulum.

No comments:

Post a Comment