Translate

Tuesday, July 4, 2017

Terengganu tidak gentar bertemu Selangor – Irfan

SKUAD Terengganu bakal bertandang ke Stadium Selayang de­ngan harapan mencuri sekurang-kurangnya satu mata pada aksi pertama Piala Malaysia menentang Selangor hari ini.

Pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berkata, anak-anak buahnya sudah bersedia untuk mengharungi saingan Piala Malaysia yang dianggap paling berprestij dalam arena bola sepak tempatan.

“Saya tidak perlu risau lagi dengan barisan pertahanan kerana tonggak import, Lazaro Viniciuos yang sebelum ini digantung perlawanan akan dapat kembali diturunkan pada aksi menentang Se­langor esok (hari ini).

“Penyerang import baharu, Tchetche Kipre juga diharap dapat menemui sasaran untuk meledak gol sulungnya sejak menyertai Terengganu pada aksi tersebut,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Irfan Bakti berkata, beliau menjangkakan ma­salah kurang persefahaman dalam permainan yang menjadi ‘duri dalam daging’ sehingga memaksa skuadnya sekadar mencatat keputusan seri 2-2 dengan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada aksi Liga Premier, Jumaat lalu berjaya diatasi menerusi beberapa sesi latihan selama tiga hari ini.

Bekas pengendali Felda United itu berkata, beliau percaya Selangor tidak mustahil dijinakkan skuad Penyu di laman sendiri sekiranya pemain-pemain mempamerkan aksi cemerlang sama seperti yang telah dipamerkan pada babak kedua aksi menentang JDT II tempoh hari.

“Saya juga telah me­rangka taktikal khas setelah mendapat input berguna daripada pengendali T-Team, Rahmand Darmawan yang baru beraksi melawan Selangor pada saingan Liga Super, Sabtu lalu,” katanya.

No comments:

Post a Comment