Translate

Saturday, July 8, 2017

Mayat remaja jatuh sungai ditemui

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

DUNGUN – Mayat remaja, Che Wan Haziq Cik Wan Othman (gambar kecil), 14, yang hilang di­hanyutkan arus deras Sungai Dungun berhampiran Lubuk Delong dekat sini pada Ahad lalu dijumpai semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaakob berkata,  mayat pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Pulut dekat sini itu ditemui ter­apung di sungai ber­kenaan pada pukul 7.25 pagi.

“Mayat mangsa ditemui terapung kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh dan dihanyutkan arus deras pada Ahad lalu.

“Selepas diangkat anggota bomba yang menyertai operasi mencari dan menyelamat ke tebing sungai, mayat remaja itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk dibedah siasat,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Kosmo! semalam mela­porkan Che Wan Haziq dihanyutkan arus deras Sungai Dungun selepas mahu mengambil bola yang terjatuh ke dalam sungai berkenaan pada pukul 6.45 petang, Ahad lalu.

Sebelum itu, dia yang berasal dari Kampung Sungai Delong dekat sini sedang bermain bola sepak bersama tujuh rakannya di tebing sungai berkenaan.

No comments:

Post a Comment