Translate

Friday, July 7, 2017

Kerajaan negeri bina rumah baharu buat warga emas

KUALA TERENGGANU – Nasib malang Minah Endut, 62, kehilangan rumah dalam kebakaran yang turut mengorbankan menantu perempuannya kelmarin mendapat perhatian kerajaan negeri Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, kerajaan negeri meluluskan peruntukan segera RM40,000 untuk membina semula rumah keluarga tersebut pada masa terdekat.

“Kerja-kerja pembersihan sisa-sisa kebakaran dan pembinaan rumah baharu dijangka bermula Sabtu ini selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu selesai melakukan siasatan forensik berhubung kebakaran tersebut.

“Kerajaan negeri bersimpati dengan keluarga ini yang bukan sahaja kehilangan rumah malah menantu perempuan,” katanya selepas menziarahi keluarga Minah di Kampung Kepong di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan seorang wanita yang baru tiga bulan mendirikan rumah tangga mati dalam keadaan rentung selepas rumah mertuanya musnah dalam kebakaran.

Dalam kejadian itu, Siti Nor Munirah Abu Bakar, 31, gagal menyelamatkan diri selepas terperangkap di salah sebuah bilik di tingkat atas rumah dua tingkat berkenaan.

Sementara itu, suami Siti Nor Munirah, Ahmad Mukmin Ahmad, 35, yang ditemui enggan ditemu bual kerana masih trauma dengan kematian ngeri isterinya.

No comments:

Post a Comment