Translate

Saturday, July 15, 2017

JPN cawangan UTC proses Mykid dalam tempoh 24 jam mulai Rabu depan

Oleh MOHD. AZLI ADLAN


KUALA TERENGGANU - Ibu bapa yang membuat pendaftaran kelahiran di semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara kini boleh menerima Mykid bayi masing-masing dalam tempoh 24 jam bermula Rabu depan.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Datuk Mohd. Zahari Hasan berkata, projek hab percetakan teragih Mykid terkenaan bakal melibatkan 17 UTC yang terdapat di seluruh negara.
"Ibu bapa bayi terbabit akan menerima Mykid bersama surat kelahiran anak masing-masing dalam tempoh 24 jam selepas permohonan dilakukan.
"Sebelum ini, proses penyerahan Mykid di JPN cawangan UTC di seluruh negara memakan masa sehingga 30 hari," katanya selepas merasmikan Hab Percetakan Mykad JPN Terengganu di UTC Terengganu di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah JPN negeri, Mohd. Nasir Karim. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment