Translate

Sunday, July 9, 2017

JDT dirantai Terengganu

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Terengganu berjaya mengikat Johor Darul Ta'zim (JDT) 0-0 pada aksi kedua Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini.

Skuad Penyu yang beraksi pada saingan Liga Premier hampir mengejutkan JDT  sekiranya duo import mereka, Tchetche Kipre dan Issey Farran Nakajima mampu memanfaatkan beberapa peluang terhidang sepanjang tempoh 90 minit.

Terdahulu, pemain tengah, Muhd. Nazmi Faiz Mansor hampir meletakkan JDT di hadapan menerusi rembatan derasnya yang terkena tiang gol kanan tuan rumah pada minit ke-34.

Selang empat minit kemudian, penjaga gol Terengganu, Mohd. Suffian Rahman Kungi Raman  terpaksa melayangkan badan menepis sepakan padu penyerang pelawat, Darren Yee Deng Lok.

Penyerang import Terengganu, Tchetche Kipre pula berpeluang memecah kebuntuan pada minit ke-41 namun tiang gol kanan lawan menjadi penghalang biarpun penjaga gol JDT, Muhammad Haziq Nadzli sudah tertewas.

Skuad Penyu sekali lagi hampir mendahului pada minit ke-58 namun percubaan pemain tengah, Mohd. Firdaus Mohd. Faudzi melepasi palang gol.

Rembatan deras Kipre pula sekadar melintasi garisan gol biarpun Muhammad Haziq sekali lagi tertewas pada minit ke-71.

Terengganu terus kempunan untuk menjinakkan JDT apabila tandukan Kipre pada masa kecederaan pula berjaya diselamatkan Muhammad Haziq pada masa kecederaan.

No comments:

Post a Comment