Translate

Tuesday, July 4, 2017

20 PATI ditahan di Dungun

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

DUNGUN - Jabatan Imigresen Terengganu menahan 20 warga asing dipercayai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam dua serbuan berasingan menerusi Ops Ikrar di daerah ini hari ini.
Timbalan Pengarah Imigresen Terengganu, Azlinawati Mohd. Zulbi berkata, kesemua suspek yang berusia 18 hingga 48 tahun ditahan pasukan penguat kuasa agensi itu setelah mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.
"Dalam serbuan di sebuah tapak pembinaan di bandar ini, seramai 61 warga asing yang terdiri daripada warga Myanmar, Bangladesh dan Indonesia telah diperiksa.
"Seramai 18 orang daripada mereka telah ditahan kerana disyaki PATI kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah termasuk Enforcement Card (E-Kad)," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Azlinawati berkata, pemeriksaan kedua di sebuah rumah kongsi tidak jauh dari lokasi serbuan pertama pula menahan dua lelaki warga Indonesia kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment