Translate

Sunday, June 4, 2017

Mekanik jual mercun diberkas polis

MARANG - Hasrat seorang mekanik untuk mengaut keuntungan mudah dengan menjual mercun secara haram tidak kesampaian apabila bengkel membaiki kenderaan miliknya diserbu polis semalam di Kampung Gemuruh, Bukit Payung di sini.
Premis tersebut diserbu tidak sampai dua jam selepas suspek yang berusia 43 tahun dipercayai memperolehi bekalan mercun dianggarkan bernilai lebih RM4,000.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Suhaimi Mohd. Ali berkata, pemeriksaan di dalam bengkel membaiki kenderaan itu menjumpai dua guni bertulisan Thailand yang mengandungi 395 biji mercun pelbagai jenis.
"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat lapan jenis mercun di dalam guni berkenaan. Antaranya 35 paket mercun bola yang setiap satunya mengandungi 100 biji mercun jenis itu.
"Selain itu, mercun jenis Happy Boob, Magic Boom, Happy Boom, Spring Butterflies Small dan Fireworks Fatt Changhung Crackers turut ditemui," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Marang di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment