Translate

Sunday, April 2, 2017

Pembayaran hasil peneroka Felda akan dipercepat seminggu sekali

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU - Lebih 112,000 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di seluruh negara bakal menerima pembayaran hasil tanaman kontan mereka dalam tempoh seminggu berbanding sebulan pada masa ini.
Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, penambahbaikan sistem pembayaran hasil terbabit bertujuan untuk menjamin kelangsungan pendapatan peneroka sekali gus penyelesaian kepada rungutan yang banyak diterima daripada golongan tersebut sebelum ini.
Beliau berkata, pada masa ini, kebanyakan peneroka akan menerima pembayaran hasil selepas hasil kelapa sawit mereka dikutip secara bulanan oleh Felda Global Venture Holding Berhad (FGV).
"Saya mahu Felda kembali kepada objektif asal iaitu memberi tumpuan kepada peneroka dan kebun (kelapa sawit) mereka.
"Kita bayar dahulu (hasil) seminggu sekali (kepada peneroka) tanpa perlu menunggu pembayaran penuh oleh pihak kilang sawit (FGV)," katanya selepas merasmikan sambutan Jubli Emas Felda Bukit Bading, Ajil dekat sini malam tadi. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment