Translate

Wednesday, March 1, 2017

Polis cekup 3 pengedar dadah, rampas heroin, syabu

KUALA TERENGGANU – Sebuah sindiket yang dipercayai aktif mengedar dadah jenis he­roin, syabu dan pil kuda  di sekitar bandar raya ini sejak lima bulan lalu berjaya ditumpaskan polis dengan penahanan tiga anggotanya dalam dua serbuan berasingan pada Khamis lalu.

Ibu kepada salah seorang suspek turut ditahan dalam serbuan ketiga di rumahnya di Jalan Jerangau, Ajil, Hulu Terengganu  pada hari sama bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Roslan Tahir berkata, kesemua serbuan berkenaan berjaya merampas dadah disyaki jenis heroin seberat 111.93 gram, syabu (15.2 gram) dan pil kuda (3.11 gram), eramin 5 (tiga gram) yang dianggarkan bernilai RM17,120.

“Serbuan pertama berjaya menahan dua suspek masing-masing berusia 55, dan 35 tahun dipercayai sedang menunggu pelanggan di sebuah premis agensi kerajaan negeri di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini pada pukul 12.45 tengah malam, 23 Februari lalu.

“Pemeriksaan pada poket seluar salah seorang suspek telah menjumpai empat botol berisi serbuk disyaki dadah jenis heroin dan 25 biji pil merah disyaki pil kuda,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini semalam.

Roslan berkata, kedua-dua serbuk dan pil merah disyaki dadah itu disorokkan di dalam dua kotak rokok yang disimpan di dalam poket kiri seluar suspek berusia 55 tahun berkenaan.
Menurut beliau, penangkapan dua lelaki tersebut telah membawa kepada penahanan seorang lagi suspek di tepi jalan berhampiran Kampung Padang Midin di sini pada pukul 2.45 petang hari sama.

No comments:

Post a Comment