Translate

Wednesday, March 1, 2017

Polis berjaya menumpaskan geng pecah rumah, Pian John

KUALA TERENGGANU - Keresahan penduduk Kuala Ibai dan Chendering di sini berikutan peningkatan kejadian pecah rumah sejak akhir tahun lalu berakhir dengan tertangkapnya enam lelaki disyaki anggota Geng Pian John baru-baru ini.
Penahanan kesemua suspek berusia 24 hingga 40 tahun berkenaan diyakini berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya lapan kes pecah rumah melibatkan kerugian lebih RM100,000 di beberapa taman perumahan di dua kawasan itu sejak Oktober tahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, polis telah melakukan risikan selama dua bulan untuk menjejak kumpulan penjenayah yang didalangi lelaki berusia 40 tahun dikenali sebagai Pian John tersebut.
"Kesemua suspek berjaya diberkas dalam empat serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini bermula 21 Februari hingga semalam," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment