Translate

Monday, March 13, 2017

Pelajar terlibat kes buli boleh ditahan dalam lokap

KUALA TERENGGANU - Polis Diraja Malaysia mengambil pendekatan baharu untuk menangani masalah buli pelajar sekolah dengan menahan reman suspek dalam kalangan remaja di dalam lokap.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, sekiranya dibiarkan tanpa sebarang langkah pencegahan yang tegas, perbuatan membuli boleh membuka jalan kepada pelajar sekolah terbabit untuk terjebak ke dalam kancah jenayah lebih berat seperti membunuh dan penyalahgunaan dadah.
"Saya memandang perbuatan buli ini sebagai kes yang begitu serius. Mana-mana pelajar sekolah yang terlibat dalam kes buli, pukul dan bergaduh, kita tidak akan teragak-agak untuk menahan mereka di dalam lokap polis.
"Bagi tujuan itu, perintah reman akan dimohon di mahkamah. Pendekatan baharu ini juga telah dipersetujui oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar)," katanya selepas merasmikan majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment