Translate

Saturday, March 4, 2017

Pasar Percuma Terengganu mula beroperasi

KUALA NERUS - Pasar Percuma Terengganu yang membolehkan golongan kurang berkemampuan di negeri itu mengambil barangan asas dan lain-lain tanpa sebarang bayaran dilancarkan secara rasmi hari ini.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, program kendalian sepenuhnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut telah memberi manfaat kepada 1,000 penduduk miskin di sekitar daerah tersebut.
"Penerima yang telah dikenalpasti telah diberi kupon yang membolehkan mereka mengambil barangan asas seperti beras, gula, minyak masak, kicap dan sos cili serta pakaian terpakai secara percuma.
"Penganjuran pasar percuma ini dikendalikan sepenuhnya NGO dengan sumbangan orang ramai tanpa sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri," katanya selepas merasmikan pasar percuma tersebut di tapak Pasar Tani Kampung Baru, Seberang Takir di sini hari ini.
Program tersebut merupakan anjuran Persatuan Industri Asas Tani dengan kerjasama Hospital Pakar Kuala Terengganu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan negeri, Jabatan Kemajuan Masyarakat Kuala Nerus, Pejabat Dewan Undangan Negeri Seberang Takir dan Persatuan Mahasiswa Terengganu cawangan Seberang Takir. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment