Translate

Sunday, March 12, 2017

Lima pemuda ditahan disyaki rogol pembantu kedai

KUALA TERENGGANU - Seramai lima pemuda ditahan hari ini kerana disyaki terlibat dalam perbuatan memperkosa secara berkumpulan seorang pembantu kedai bawah umur di sebuah rumah di Kampung Keluang, Besut semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1.30 petang itu, mangsa yang merupakan gadis berusia 16 tahun dipercayai telah diperdaya oleh kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 24 tahun sebelum diperkosa secara bergilir-gilir.
Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, sebelum kejadian, mangsa yang sedang bekerja di sebuah kedai makan di Kampung Raja, Besut telah dihubungi oleh abang angkatnya untuk bertemunya di Pantai Bukit Keluang, Besut pada pukul 12 tengah hari.
Beliau berkata, setelah hampir sejam berbual, lelaki itu telah meminta dua rakannya yang menaiki kereta Perodua Myvi berwarna hitam untuk menghantar semula gadis itu ke tempat kerja di kedai makan berkenaan.
"Begitu pun, dua lelaki tersebut telah membawa mangsa ke rumah sewa mereka dengan alasan kononnya untuk menukar pakaian. Selepas itu gadis tersebut dipaksa untuk memasuki rumah terbabit yang turut dihuni beberapa lelaki tidak dikenali sebelum dirogol secara bergilir-gilir," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment