Translate

Sunday, February 5, 2017

THT benam SSTMI 10-1

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Pasukan Hoki Terengganu (THT) mengukuhkan kedudukan di persada liga selepas membenam cabaran Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) 10-1 di Stadium Hoki Batu Burok di sini hari ini.
Penyerang berpengalaman, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd. Jalil memain peranan penting dalam kemenangan terbesar di lakar THT pada musim ini selepas menyumbat empat gol.
Bekas pemain kebangsaan itu meledak gol pada m-1, 17, 30 dan 56.
Pakar pukul sudut penalti kelahiran Korea Selatan, Jang Jonghyun pula menjaringkan hatrik pertamanya musim ini pada m-29, 33 dan 39.
Baki tiga gol THT yang lain di sumbang Ismail Abu (m-8), Nicolas Enrique Della Torre (m-12) dan B. Namasivayam (m-20).
SSTMI berjaya memperolehi gol saguhati menerusi jaringan padang Muhammad Shahrin Izzudin Shamsuri pada m-56. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment