Translate

Saturday, February 4, 2017

T-Team mahu tebus kekecewaan lalu

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

T-TEAM akan menjadikan pertemuan menentang Pulau Pinang sebagai medan untuk menebus kekecewaan ekoran kekalahan 0-5 kepada Pahang pada aksi kedua Liga Super 2017 di Kuantan minggu lalu.

Skuad kendalian Rahmad Darmawan itu akan menanti kunjungan Pulau Pinang pada perlawanan ketiga liga di Stadium Sultan Ismauil Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini.

Apa yang pasti, misi T-Team adalah untuk memburu kemenangan bagi memulihkan semangat para pemain yang agak menurun selepas dikejutkan oleh Pahang.

Menurut Rahmad, peluang bermain di gelanggang sendiri bakal digunakan sepenuhnya oleh anak-buahnya untuk melakukan kebangkitan semula.
“Kekalahan 0-5 kepada Pahang tempoh hari memang memberi pengajaran berguna buat kami.

“Begitu pun, saya nampak ia tidak memberi tekanan berlebihan sehingga menjejaskan moral pemain dan keutuhan pasukan,” kepada Rahmad kepada Kosmo! Di Kuala Terengganu semalam.

Rahmad juga yakin bahawa barisan pemainnya bakal mempamerkan persembahan lebih bertenaga pada pertemuan menentang Pulau Pinang nanti.

Menurut jurulatih berpengalaman dari Indonesia itu, beliau telah menyediakan taktikal baharu bagi memburu tiga mata berharga pada aksi berkenaan.

“Saya juga mengingatkan para pemain agar tidak memandang mudah pertemuan dengan Pulau Pinang walaupun pasukan itu kini menghuni tangga tercorot Liga Super.

“Pemain T-Team perlu waspada kerana Pulau Pinang pasti akan menjadi seperti harimau yang terluka untuk turut memburu mata pertama mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment