Translate

Monday, February 6, 2017

T-Team jinakkan Pulau Pinang 1-0

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - T-Team memperolehi kemenangan sulung pada musim ini selepas menundukkan Pulau Pinang 1-0 pada aksi ketiga Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam ini.
Penyerang import T-Team, Mahadou Samassa muncul wira selepas meledak gol tunggal tuan rumah pada minit ke-76.
Pemain kelahiran Perancis itu menanduk deras hantaran Farhod Tadjoev yang menewaskan penjaga gol gantian Pulau Pinang, Sani Anuar Kamsani.
Jaringan itu menambah tonik kepada barisan serangan T-Team yang sebelum itu agak lesu untuk mengempur kubu skuad Harimau Kumbang.
Tuan rumah yang lebih dikenali sebagai The Titans berpeluang menambah gol pada minit ke-88 namun percubaan Mohd. Nor Hakim Hassan melepasi palang pintu gawang pasukan lawan.
Terdahulu Pulau Pinang lebih menguasai perlawanan dengan percubaan terawal oleh Mohamed Syamer Kutty Abba yang berjaya di tepis penjaga gol tuan rumah, M. Izzuddin M. Hussin pada minit ke-13.
Seminit kemudian Mohamed Syamer sekali lagi mencemaskan pintu gol T-Team namun tandukannya melepasi palang.
M. Izzuddin sekali lagi hampir tertewas menerusi sepakan percuma yang diambil kapten Pulau Pinang, Muhammad Rafuuddin Roddin yang terkena tiang penjuru kanan pintu gol tuan rumah pada minit ke-32. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment