Translate

Friday, February 3, 2017

Murid tabika lawat Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu

SANTAI. Seramai 22 murid Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas Padang Midin mengadakan lawatan sambil belajar di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, Kampung Laut, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Guru Tabika Kemas Padang Midin, Rohani Ismail berkata, lawatan tersebut bertujuan untuk memupuk minat kanak-kanak terbabit kepada pembelajaran sains dan teknologi.

“Selepas lawatan itu, murid-murid berkenaan dibawa berkelah di Laguna Kuala Ibai, Kuala Terengganu yang terletak tidak jauh dari Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu,” katanya.

No comments:

Post a Comment