Translate

Monday, February 6, 2017

MB Terengganu jatuh kuda


KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman cedera ringan selepas terjatuh dari seekor kuda di Pusat Equestrian Bukit Kiara, Kuala Lumpur hari ini.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku sewaktu beliau sedang menunggang kuda di pusat equestrian tersebut pada kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
Ahmad Razif telah dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Terengganu di sini, kecederaan yang dialami Ahmad Razif tidak berapa serius namun beliau memerlukan pengawasan daripada pakar perubatan sekurang-kurangnya 24 jam.
Sehubungan itu, semua program yang melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir buat masa ini ditangguhkan.
Terdahulu Ahmad Razif berada di ibu negara untuk menghadiri program Pasar Percuma untuk anak perantauanTerengganu di Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment