Translate

Thursday, January 12, 2017

Mat gian bikin kecoh di stesen minyak

BESUT - Sebuah stesen minyak di Seberang Jerteh dekat sini hari ini kecoh 'di serang' seorang mat gian yang dipercayai dalam keadaan khayal.
Dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, suspek yang berusia 33 tahun bukan sahaja membuat bising dan melakukan vandalisme malah mencuri makanan, bertengkar dengan pelanggan serta memecahkan pintu cermin stesen minyak terbabit.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, keadaan hanya reda selepas sepasukan anggota dari Balai Polis Jertih bertindak memberkas lelaki itu tidak lama kemudian.
"Suspek yang berasal dari Kampung Tembila dekat sini dikatakan tiba-tiba datang ke stesen minyak itu secara bersendirian sebelum membuat bising.
"Dia kemudiannya bertindak ganas memecahkan pintu cermin hadapan stesen minyak itu dan memasuki premis kedai serbaneka di situ sambil mengambil beberapa makanan," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment