Translate

Thursday, January 5, 2017

Mangsa banjir Terengganu catat penurunan

KUALA TERENGGANU -  Jumlah mangsa banjir di Terengganu mencatatkan penurunan sebanyak 6,977 apabila hanya 3,975 mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sehingga pukul 2 petang ini berbanding semalam.
Berdasarkan aplikasi Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, sehingga kini hanya 59 pusat pemindahan yang dibuka seluruh negeri di tujuh daerah iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman membabitkan 1,088 keluarga.
Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, sehingga pukul 9 pagi tadi, 19 buah sekolah ditutup di tiga daerah iaitu 10 di Setiu, lapan di Hulu Terengganu dan satu di Kuala Nerus.
“Penutupan ini melibatkan 3,879 murid dan 481 guru di dua sekolah menengah dan 17 sekolah rendah.
“Alhamdulillah, keadaan semakin baik. Cuaca juga semakin baik di negeri ini,” jelasnya kepada Kosmo! hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment