Translate

Sunday, January 8, 2017

Jumlah mangsa banjir Terengganu tinggal 770 orang

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir Terengganu yang ditempatkan di pusat pemindahan terus berkurangan kepada 770 orang berbanding 1,440 orang sebelum ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, kesemua mangsa banjir di daerah Kuala Terengganu dan Marang telah pulang ke rumah masing-masing mulai pukul 12.30 tengah hari tadi.
"Pusat pemindahan masing-masing di Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong, Manir dekat sini dan SK Pasir Putih, Marang ditutup sepenuhnya sebenar tadi.
"Setakat ini, pusat pemindahan hanya tinggal empat iaitu tiga di Kuala Nerus dan satu di Dungun," katanya kepada Kosmo! hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment