Translate

Wednesday, January 11, 2017

Banjir Terengganu hampir pulih sepenuhnya

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir Terengganu yang masih ditempatkan di pusat pemindahan hanya tinggal 78 orang.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, hanya sebuah pusat pemindahan masih dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mentagau, Dungun.
"Pusat pemindahan itu kekal menempatkan 78 mangsa daripada 20 keluarga di sekitar Kampung Durian Mentagau.
"Sebuah lagi pusat pemindahan iaitu SK Gemuruh di Kuala Nerus telah ditutup sepenuhnya pada pukul 1 petang tadi," katanya kepada Kosmo! hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment