Translate

Tuesday, January 3, 2017

24 sekolah Terengganu ditutup hari pertama persekolahan esok

MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU - Sebanyak 24 sekolah di daerah ini dan Marang dijangka tidak dapat dibuka pada hari pertama persekolahan esok.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Pendidikan negeri, kesemua sekolah itu tidak dapat beroperasi kerana ditenggelami banjir dan dijadikan psuat pemindahan.
Beliau berkata, sebuah sekolah di Marang yang Bilik terpaksa ditutup iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sentol Patah di Kampung Pengkalan Kuin.
"Sebanyak 23 sekolah di Hulu Terengganu juga tidak dapat beroperasi pada hari pertama persekolahan esok. Sekolah-sekolah itu ialah SK Tengkawang, SK Kuala Ping, SK Teris, SK Kuala Jenderias, SK Padang Setebu, SK Matang dan SK Sungai Buloh.
"SK Sungai Berua, SK Bukit Tadok, SK Lubok Periuk, SK Ajil, SK Nibong, SK Kua, SK Felda Mengkawang, SK Betong, SK Pereh, SK Felda Tersat, SK Menerong, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Jeneris dan SMK Tun Indera turut ditutup," katanya kepada Kosmo! hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment