Translate

Saturday, December 31, 2016

Tiga remaja bermain pelampung hilang di bawa arus sungai


HULU TERENGGANU - Tiga remaja lelaki disyaki hilang dibawa arus sungai selepas pelampung besar dinaiki mereka terbalik di Sungai Kolam berhampiran Jambatan Kampung Bukit Kolam, Ajil di sini hari ini.
Sewaktu kejadian pada pukul 12.15 tengah hari, kesemua mangsa bersama tiga lagi rakan mereka yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 22 tahun dipercayai sedang bermain pelampung besar berhampiran rumah yang ditenggelami banjir.
Seorang saksi, Abdul Rahim Mohd. Nor, 36, berkata, pelampung yang dinaiki kesemua mangsa tiba-tiba melencong memasuki ke dalam sungai berhampiran.
"Pelampung itu kemudiannya tersangkut di bawah jambatan. Tiga daripada mereka sempat berpaut pada palang jambatan manakala tiga lagi terus dihanyutkan arus sungai deras.
"Tiga mangsa sempat diselamatkan penduduk kampung yang kebetulan berada di atas jambatan terbabit," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Difahamkan ketiga-tiga rakan mangsa yang terselamat bertindak menghilangkan diri sejurus kejadian.
Setakat ini, identiti kesemua mangsa yang masih hilang belum dikenalpasti.
Pasukan bomba akan melancarkan operasi mencari dan menyelamat tidak lama lagi. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment