Translate

Thursday, December 1, 2016

Tiga beranak termasuk kanak-kanak ditahan disyaki edar dadah

KUALA TERENGGANU - Sepasang suami isteri bersama anak berusia sembilan tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis heroin dan methamphetamine pada Ahad lalu.
Mereka ditahan dalam serbuan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di rumah mereka di Bukit Payung, Marang pada pukul 7 pagi.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab. Rahman berkata, pemeriksaan di atas sofa yang terdapat di ruang tamu rumah tersebut telah menjumpai 40 botol plastik yang mengandungi serbuk disyaki dadah jenis heroin.
"Polis juga berjaya merampas 3,168 pil berwarna merah dan hijau dipercayai dadah jenis methamptamine.
"Serbuk dan pil terbabit masing-masing seberat 202 gram dan 324 gram dan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM56,016," katanya selepas menyaksikan majlis serah tugas Timbalan Ketua Polis negeri di Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu di sini hari ini.
Datuk Hashim Abd. Jalil yang ditukarkan ke Jabatan Pengurusan Bukit Aman digantikan oleh Datuk Idris Abdullah yang sebelum ini merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Analisis dan Pembangunan Teknologi, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment