Translate

Wednesday, December 21, 2016

Logo songket asli tenunan tangan Terengganu dilancar

KUALA TERENGGANU - Perbadanan Kraftangan Malaysia (Kraftangan) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) melancarkan logo khas bagi memudahkan pengguna untuk mengenali songket tenunan tangan negeri tersebut yang asli.
Timbalan Pengarah Kraftangan Terengganu, Mohd. Suhaimi Zakaria berkata, pengenalan logo terbabit merupakan kesinambungan daripada pematenan hak cipta songket negeri tersebut menerusi kategori Petunjuk Geografi dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada tahun 2013.
"Pengenalan logo khas yang di kawal selia Terengganu International Design Excellent (TIDE) yang merupakan anak syarikat YPUT adalah inisiatif untuk mengurangkan risiko pengguna tertipu dengan lambakan songket tiruan keluaran luar negara mahu pun buatan mesin yang mendakwa ditenun secara tangan di Terengganu.
"Setiap songket tenunan tangan Terenggu asli akan dijahit bersama logo tersebut berukuran 3 cm x 3 cm dan disertakan bersama kad sijil perakuan yang mempunyai nombor siri berlainan," katanya pada sidang akhbar di Kraftangan Terengganu, Chendering di sini hari ini.
Beliau menghadiri majlis pelancaran logo songket asli tenunan tangan Terengganu berkenaan yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif YPUT, Tengku Khairi A. Rahman. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment