Translate

Monday, December 5, 2016

Lemas ketika bercuti di Tasik Kenyir

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU - Keseronokan 23 pekerja pelantar minyak bercuti di Tasik Kenyir dekat sini berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati lemas semalam.
Mayat Amir Hilmi Azmi, 23, ditemui skuad penyelam skuba pada kedalaman 10 meter di dasar tasik tersebut berhampiran Sungai Kiang dekat sini pada pukul 10.05 pagi tadi iaitu kira-kira 21 jam dilaporkan hilang.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, Amir Hilmi yang berasal dari Kampung Mak Lagam, Kemaman dilaporkan lemas ketika mandi bersama tujuh rakan sekerjanya yang lain pada pukul 1.30 petang semalam.
"Sewaktu cuba berenang ke tebing sungai, tiga daripada mereka termasuk mangsa tiba-tiba mengalami kekejangan otot.
"Dua daripada mereka berjaya diselamatkan oleh rakan-rakannya lain namun tangan mangsa terlepas sebelum tenggelam di dalam tasik terbabit," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment