Translate

Saturday, December 24, 2016

Kanak-kanak maut, kereta dirempuh lori

DUNGUN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut manakala ibunya cedera parah selepas kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori lima tan di KM1, Jalan Dungun-Bukit Besi berhampiran Kampung Che Lijah di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 1.40 petang itu, Nik Nurul Irdina Nik Azmin menghembuskan nafas terakhir sewaktu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Dungun di sini kira-kira tiga jam kemudian.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Ahmad Zailani Yaacob berkata, kemalangan itu turut menyebabkan ibu kanak-kanak tersebut, Nurul Shuhada Rani, 27, cedera parah akibat kecederaan di kepala dan beberapa anggota badan manakala neneknya, Khatijah Musa, 60, cedera ringan.
"Sewaktu kejadian, kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu Nurul Shuhada dalam perjalanan ke bandar Dungun di sini dari rumah mereka di Bukit Besi dekat sini.
"Kemalangan berlaku selepas sebuah lori lima tan yang dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun dari laluan bertentangan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh bahagian kanan kereta yang dinaiki mangsa," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment