Translate

Saturday, December 31, 2016

ECERDC rai murid cemerlang UPSR

HARGAI. Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) meraikan tujuh peserta Latihan Akademik Memperkasa Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi negeri, Bazlan Abd. Rahman berkata, kesemua murid tahun enam dari seluruh Terengganu tersebut merupakan sebahagian daripada 73 peserta program Latihan Akademik Memperkasa ECER yang memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam peperiksaan berkenaan.

“Program itu merupakan kelas tuisyen dan bengkel secara percuma anjuran ECERDC bagi anak-anak golongan berpendapatan rendah dan luar bandar,” katanya baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment