Translate

Wednesday, December 28, 2016

Belia Besut serbu 
Karnival Jom Masuk IPT

PELUANG. Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini menganjurkan Karnival Jom Masuk Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Dewan Masjid Daerah Besut, Kampung Gong Kemuntong, Jertih, Besut, Terengganu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, karnival berkenaan bertujuan untuk menyebarkan peluang pendidikan ke peringkat IPT kepada belia terutama lepas Sijil Pelajaran Malaysia di sekitar daerah Besut.

“Sebanyak 28 institusi pengajian tinggi meliputi universiti awam, universiti swasta, politeknik, kolej komuniti dan institusi latihan kemahiran terlibat dalam karnival tersebut,” katanya.

No comments:

Post a Comment