Translate

Sunday, November 6, 2016

Perkeso bayar faedah RM2.6 bilion kepada pencarum

KUALA TERENGGANU - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjangkakan lebih RM2.6 bilion bakal dibayar sebagai faedah kepada pencarum dan warisnya yang layak sepanjang tahun ini.
Timbalan Ketua Eksekutif Perkeso, Mohd. Rosdi Mat Yasin berkata, setakat Julai lalu, pihaknya telah membayar faedah kepada 465,000 penerima di seluruh negara melibatkan peruntukan RM1.7 bilion.
"Sebagai perbandingan, sebanyak RM2.6 bilion telah dibayar Perkeso sebagai faedah keselamatan sosial kepada 513,000 penerima sepanjang tahun 2015.
"Oleh sebab itu, kita menjangkakan jumlah pembayaran faedah kepada pencarum dan waris yang layak pada tahun ini akan melebihi amaun itu," katanya selepas merasmikan Hari Terbuka Perkeso di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YBKT) di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment