Translate

Saturday, November 19, 2016

Panglima Tentera Laut ke-9 terima Ijazah Kehormat UMT

KUALA NERUS - Bekas Panglima Tentera Laut, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd. Nor dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan pada majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke-14 di sini hari ini.
Pemilihan Ahmad Ramli, 72, yang menjadi Panglima Tentera Laut ke sembilan dari tahun 1995 hingga 1999 menerima ijazah kehormat tersebut berikutan peranan penting yang telah disumbangkan beliau dalam pembentukan dasar-dasar maritim negara.
Oleh kerana kepakarannya dalam bidang keselamatan maritim juga beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Institut Hal Ehwal Maritim Malaysia dan Presiden Pertubuhan Industri Marin Malaysia.
Selain Ahmad Ramli, bekas Panglima Pendidikan dan Latihan Tentera Laut, Datuk Mohd. Rasip Hassan dan Pengarah Eksekutif Sekteriat Serantau, Inisiatif Segitiga dalam Terembu Karang, Perikanan dan Keselamatan Makanan, Prof. Dr. Widi Agoes Pratikto dari Indonesia turut menerima Ijazah Kehormat Doktor Sains.
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UMT berkenan menyampaikan ijazah kehormat itu kepada ketiga-tiga penerima anugerah tersebut. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment