Translate

Wednesday, November 30, 2016

Mangsa banjir Terengganu meningkat 116 orang

KUALA TERENGGANU - Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di dua daerah iaitu Kemaman dan Kuala Terengganu sudah meningkat kepada 116 orang.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, dua pusat pemindahan lagi telah dibuka masing-masing di Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Tok Nasek di sini dan Balai Jawakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Titian Berayun, Kijal, Kemaman.
"Enam penduduk ditempatkan di SK Gong Tok Nasek manakala lima mangsa pula di Balai JKKK Kampung Titian Berayun.
"Mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan SK Teluk Kalong pula meningkat kepada 33 orang berbanding 11 orang pada petang tadi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Che Adam berkata, seramai 72 mangsa termasuk dua bayi pula masih ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Kemasik. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment