Translate

Sunday, November 20, 2016

KSN arah amalan beri amaran secara pentabdiran dihentikan

KUALA TERENGGANU - Ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun diarahkan agar menghentikan secara serta-merta amalan memberi amaran secara pentadbiran kepada pejawat awam yang melakukan kesalahan tatatertib.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata, amaran secara pentabdiran tidak memberi kesan positif kepada pengukuhan integriti perkhidmatan awam kerana pelaku yang terlepas daripada sebarang hukuman biasanya tidak mengambil sebarang pengajaran.
Beliau berkata, tindakan mengeluarkan amaran secara pentabdiran sebenarnya tiada dalam garis panduan Peraturan Tatatertib Perkhidmatan Awam namun ia didapati telah menjadi amalan sekian lama terutama di agensi-agensi kerajaan negeri dan badan berkanun.
"Ketua jabatan terbabit mahu menjadi 'bos yang baik' kepada anggota bawahan mereka. Saya minta perbuatan memberi amaran secara pentabdiran ini dihentikan.
"Tidak perlu beri amaran secara pentabdiran kerana ia tidak memberi sebarang makna," katanya selepas menghadiri Perhimpunan Khas Bersama Penjawat Awam Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment