Translate

Monday, November 21, 2016

Kerajaan negeri Terengganu bentang Bajet 2017 RM1.867 bilion

Oleh MOHD. AZLI ADLAN dan KASANABILAH KAMARUL ZAMAN

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu membentangkan Bajet 2017 berjumlah RM1.867 bilion dengan defisit sebanyak RM0.17 bilion berbanding anggaran kutipan hasil sebanyak RM1.697 bilion.
Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, bajet bertema 'Bersama Melangkah Ke Hadapan' itu memperuntukkan perbelanjaan mengurus sebanyak RM1.867 bilion, pembangunan (RM739 juta) dan Kumpulan Wang Bekalan Air (RM2.97 juta).
"Sebanyak 77.36 peratus daripada anggaran hasil kerajaan negeri tersebut adalah daripada pemberian Dana Khas Kerajaan Persekutuan (royalti minyak).
"Hasil sumber lain semakin meningkat kepada 22.64 peratus sekali gus mengurangkan kebergantungan penuh terhadap dana tersebut," kata ketika membentangkan Bajet 2017 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Ketiga Belas di Wisman Darul Iman di sini hari ini.
Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri komited untuk menurunkan kebergantungan terhadap royalti minyak yang sebelum ini merupakan 85 peratus daripada hasil berikutan kejatuhan harga minyak global.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga mengambil pengajaran ketidaktentuan ekonomi dunia dengan melaksanakan pengurusan kewangan secara berhemat.
"Kos penganjuran program akan diasingkan dalam pemberian peruntukan tahunan setiap jabatan kerajaan dia ia perlu dimohon setiap kali ia dibuat.
"Ia bertujuan meningkatkan lagi akauntabiliti perbelanjaan dan mengawal daripada kemungkinan ketirisan. Selain itu, semua program itu mesti memberi impak langsung kepada rakyat," katanya. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment