Translate

Tuesday, November 29, 2016

Kastam lancar pasukan taktikal lindungi penguat kuasa

SETIU - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) melancarkan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (Cobra) yang merupakan pasukan taktikal bertujuan melindungi anggota penguat kuasa agensi tersebut.
Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, pasukan taktikal berkenaan ditubuhkan berikutan beberapa sisi ancaman dan gangguan yang sering menimpa anggota penguat kuasa agensi berkenaan sehingga melibatkan kehilangan nyawa sejak akhir-akhir ini.
"Setakat tahun ini sahaja, pegawai dan anggota KDRM termasuk saya telah menerima sekurang-kurangnya 15 ancaman serius. Paling mengesankan apabila seorang pegawai KDRM cawangan Rantau Panjang telah maut dirempuh kenderaan milik Tonto di Kampung Banggol, Kota Bahru, Kelantan pada awal Oktober lalu.
"Oleh itu, Cobra akan ditugaskan untuk mengikuti setiap operasi berprofil dan berisiko tinggi bagi melindungi pegawai KDRM terlibat selepas ini," katanya selepas melancarkan Cobra di Lapang Sasar Lembah Bidong di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment