Translate

Tuesday, November 29, 2016

Bilik Gerakan Banjir Terengganu dibuka

KUALA TERENGGANU - Bilik Gerakan Banjir Terengganu mula dibuka di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam negeri, Amirsarafudin Zalman berkata, pembukaan bilik gerakan itu bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat terkini perkembangan banjir di negeri ini.
"Bilik Gerakan Banjir dibuka 24 jam mulai pukul 3 petang ini dan boleh dihubungi di talian 09-6236655 dan 09-6236644 serta laman web, etindakan.terengganu.gov.my.
"Fenomena banjir masih belum berlaku di negeri ini namun beberapa lokasi di daerah ini, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman dilanda banjir kilat bermula pukul 9.30 pagi tadi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Amirsarafudin yang juga Setiausaha Sekteriat Pengurusan Banjir negeri berkata, banjir kilat itu mula surut di kawasan-kawasan berkenaan mula 2 petang tadi selepas hujan mulai reda. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment