Translate

Tuesday, November 29, 2016

Banjir kilat landa Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU - Beberapa kawasan di bandar raya ini, Kuala Nerus dan Dungun dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat yang turun sejak awal pagi tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, antara lokasi yang dilanda banjir kilat tersebut ialah Jalan Sultan Omar, Jalan Kamaruddin, Pasir Panjang dan Kampung Durian Burung.
Beliau berkata, beberapa kawasan di Kuala Nerus terutama berhampiran kampus Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Terengganu turut dinaiki air.
"Banjir kilat itu disebabkan sistem perparitan di kawasan-kawasan berkenaan tidak mampu menampung kuantiti air hujan yang banyak.
"Begitupun ia dijangka surut tidak lama lagi selepas hujan berhenti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Che Adam berkata, paras Sungai Paka berhampiran Durian Mentangau, Dungun turut meningkat 2.51 meter iaitu 0.01 meter lebih tinggi dari paras berjaga-jaga. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment