Translate

Sunday, October 9, 2016

Viral kait suspek RM3.3 bilion dengan Bendahari UMNO Bahagian Kimanis palsu

KUALA NERUS - UMNO menafikan viral yang tersebar di media sosial kononnya salah seorang suspek kes rasuah melibatkan rampasan wang sebanyak RM112 juta di Sabah baru-baru ini merupakan bendahari parti itu bahagian Kimanis.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan Bendahari UMNO Bahagian Kimanis bukanlah suspek tersebut sebaliknya Datuk Rizal Abdullah @Raymond Godfrey.
"Suspek-suspek yang ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes rasuah itu bukanlah pemimpin UMNO seperti yang diviralkan dalam media sosial.
"Seperti diumumkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki sebelum ini bahawa dua lelaki yang ditahan itu adalah pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan negeri Sabah," katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Himpunan Jentera Penerangan UMNO Terengganu di Stadium Tertutup Sultan Mizan, Gong Badak di sini hari ini.
Kosmo! kelmarin melaporkan SPRM merampas wang sebanyak RM112 juta daripada dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan Sabah yang ditahan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment