Translate

Saturday, October 15, 2016

Suami isteri disyaki jual air ketum diberkas

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Hajat sepasang suami isteri untuk mengaut keuntungan dengan menjual air ketum tidak kesampaian apabila mereka diberkas polis di Kampung Pengkalan Nyerih, Besut pada Rabu lalu.
Serbuan pada pukul 7 petang itu menemui 350 bungkusan cecair disyaki air ketum yang dianggarkan bernilai RM1,050.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, sewaktu serbuan kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 28 dan 25 tahun sedang berada di dalam sebuah bilik di kediaman mereka.
"Pemeriksaan di dalam bilik berkenaan telah menemui sebuah bekas plastik yang mengandungi 50 bungkusan berisi cecair kehijauan disyaki air ketum.
"Tiga paket plastik yang masing-masing berisi 100 bungkusan berisi cecair sama pula ditemui di dalam but kereta Proton Perdana yang diletakkan di belakang premis terbabit," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment