Translate

Thursday, October 13, 2016

Setiu Wetlands digazet Taman Negeri Terengganu tahun depan

KUALA NERUS - Tanah Bencah Setiu atau lebih dikenali sebagai Setiu Wetlands akan digazetkan secara rasmi sebagai Taman Negeri pertama Terengganu oleh kerajaan negeri pada tahun hadapan.
Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Tun Ahmad Faizal Tun Abdul Razak berkata, buat permulaan, penggazetan tersebut bakal melibatkan 400 hektar dari 30,000 hektar yang telah dicadangkan di tanah lembap berpantai terbesar dan paling utuh di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terbabit.
"Kerajaan negeri mahu membangunkan Setiu Wetlands secara mampan menerusi sebuah jawatankuasa pembangunan dipengerusikan Jawatankuasa Pelancongan negeri yang baharu ditubuhkan baru-baru ini.
"Hasil penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di kawasan tersebut sejak 20 tahun lalu akan dijadikan sebagai garis panduan pengurusan pembangunan berkenaan," katanya selepas merasmikan Seminar Ekspedisi Saintifik Tanah Bencah Setiu di Auditorium Institut Oseanografi dan Sekitaran, UMT di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment