Translate

Saturday, October 15, 2016

Ribuan kempunan tiket separuh akhir Piala Malaysia

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 8,000 tiket separuh akhir kedua Piala Malaysia antara T-Team dan Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam ini laris bagaikan pisang goreng panas selepas kehabisan seawal 10.15 pagi.
Kesemua tiket terbabit yang dikhaskan untuk penyokong tuan rumah itu dijual sepenuhnya kira-kira sejam selepas kaunter dibuka pukul 9.15 pagi.
Ia membuatkan ribuan penyokong tegar tuan rumah yang membanjiri pekarangan stadium berkenaan sejak pukul 7 pagi kehampaan dan hanya mula bersurai pada pukul 11.50 pagi.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Terengganu, Datuk  Rozi Mamat berkata, penyokong yang kempunan membeli tiket bola terbabit boleh menonton perlawanan itu secara langsung menerusi dua skrin layar lebar yang telah dipasang di perkarangan stadium.
"Masalah ini memang sudah diagak kerana Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang merupakan gelanggang T-Team hanya boleh memuatkan10,000 penonton.
"Peminat yang tidak mendapat tiket dijemput menonton perlawanan tersebut bersama saya dan Menteri Besar (Ahmad Razif Abd. Rahman) menerusi skrin layar lebar berkenaan," katanya. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment