Translate

Friday, November 20, 2015

Peneroka Cameron Highlands rasuah pegawai PTD dipenjara 3 tahun

KUALA LUMPUR - Seorang peneroka Cameron Highlands dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi rasuah kepada penjawat awam pada dua tahun lalu.
Hakim Rosbiahanin Arifin memutuskan demikian selepas mendapati Tan Meng Lee, 45, bersalah memberi suapan kepada Penolong Pengawai Tanah dan Daerah Cameron Highlands, Abdul Rahim Sulaiman di sebuah kafe di Bukit Bintang di sini pada 8 Oktober 2013.
Pemberian rasuah itu bertujuan agar tidak diambil tindakan ke hadapnya yang telah melanggar peraturan di bawah Seksyen 425 Akta Tanah Negara 1956 iaitu meneroka Hutan Simpan Sungai Terla, Kampung Raja dan tanah kerajaan di Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang secara haram.
Meng Lee yang juga bapa kepada dua anak didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment