Translate

Saturday, November 7, 2015

Mara sambut Hari Inovasi

IKTIRAF. Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengadakan sambutan Hari Inovasi yang dirasmikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Hotel Premiera, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad berkata, program tersebut bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada kakitangan agensi itu yang telah memberi dedikasi jitu dalam penciptaan inovasi terkini bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Universiti Kuala Lumpur Institut Teknologi Biokejuruteraan dan Kimia (UniKL MICET) menggondol dua kategori iaitu Anugerah Penyelidikan dan Pertumbuhan Hijau, Universiti Kuala Lumpur Institut Malaysia Sepanyol (UniKL MSI) pula memenangi Anugerah Teknikal, Institut Kemahiran Mara Sik (Anugerah Pengajaran dan Pembelajaran) dan Kolej Profesional Mara Bandar Penawar (Anugerah Pengurusan),” katanya sambil memberitahu pemenang menerima wang tunai RM10,000, plak dan sijil.

No comments:

Post a Comment