Translate

Wednesday, November 18, 2015

Kolej Komuniti terima 20 motosikal sumbangan Naza

TAJAAN. Syarikat konglomerat automotif tempatan, Kumpulan Naza menyumbang 20 unit motosikal berkuasa tinggi jenis Cruiser dan Skuter berkapasiti 150cc hingga 250cc jenama Hyosung kepada Kolej Komuniti Bagan Datoh, Perak di pejabat Naza World di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Sumbangan bagi kegunaan pembelajaran amali kumpulan pelajar perintis Sijil Penyelenggaraan Motosikal (Berkuasa Tinggi) yang baharu diperkenal Jabatan Kolej Komuniti itu mulai sesi kemasukan November ini telah diterima Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Naib Presiden Kanan Naza World, Zakaria Ismail berkata, syarikatnya turut terlibat secara langsung dalam penggubalan kokurikulum kursus berkenaan dan ia merupakan tanggungjawab sosial korporat bagi membantu mempertingkatkan lagi sistem pendidikan negara terutama dalam bidang automotif.

No comments:

Post a Comment