Translate

Wednesday, November 18, 2015

Khairuddin, Matthias dibenar ikat jamin

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, 53, dan peguam, Matthias Chang, 65 dibebaskan dengan jaminan daripada pertuduhan cuba melakukan sabotaj sistem pembankan negara antara Jun hingga Ogos lalu.
Hakim Datuk Mohd. Azman Husin memutuskan demikian selepas mendapati pertuduhan mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh berkenaan didapati tidak tergolong di dalam pendakwaan di bawah Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Beliau juga membenarkan Khairuddin dan Mattias dibebaskan dengan wang jaminan RM10,000 dan seorang penjamin serta menyerahkan dokumen perjalanan mereka sehingga kes tersebut disebut semula di mahkamah sesyen pada tarikh yang akan ditentukan kelak. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment