Translate

Monday, November 2, 2015

Festival beri peluang kenali budaya peribumi

BERPRESTIJ. Lebih 50,000 pengunjung termasuk pelancong asing memeriahkan Festival Kesenian Orang Asli dan Peribumi Antarabangsa yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program anjuran bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan untuk memaparkan keunikan budaya masyarakat peribumi di seluruh dunia.

Selain masyarakat Orang Asli dan peribumi Sabah serta Sarawak, festival itu turut disertai komuniti peribumi dari New Zealand, Ghana, Kanada, Indonesia, Filipina, China dan Thailand.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Ab. Ghaffar A. Tambi berkata, penganjuran festival itu telah mengangkat budaya dan adat resam masyarakat peribumi terutama kepada generasi muda.

No comments:

Post a Comment