Translate

Wednesday, November 18, 2015

Dipenjara dua hari kerana curi coli

KUALA LUMPUR - Seorang ibu tunggal dua anak dijatuhi hukuman penjara dua hari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri pelbagai barangan berjumlah RM555.80 di pusat membeli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.
Noriza'Aini Zulkarnain, 26, yang juga pekerja sebuah kedai serbaneka 24 jam mengaku mencuri pelbagai barangan termasuk coli, pakaian, produk kecantikan jenama Simply Siti dan minyak wangi di tingkat LG, satu dan lima pusat membeli-belah berkenaan pada kira-kira pukul 2 petang, 17 November lalu.
Dia yang memberi alasan melakukan jenayah curi itu kerana kesempitan wang dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Majistret Muhamad Faizal Ismail turut memerintahkan hukuman penjara dua bulan dikenakan sekiranya denda RM1,000 gagal dibayar. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment